Monday, November 10, 2008

Kereta Duri


Tanda-tanda kereta anda nak kena tarik.

Bersiap sedialah untuk menerima panggilan telefon sekerap mungkin daripada kakitangan bank, kalau anda tak angkat handphone, SMS pulak yang sampai. Lepas tu terimalah Notis Jadual Ke Empat(4) yang meminta anda membayar segera semua tunggakan bayaran atau jika sebaliknya, anda diminta untuk menyerahkan kembali kereta anda kepada pihak bank dalam masa 21 hari kalau anda tak mahu menanggung kos tarik kereta.

Bila tunggakan ansuran telah mencapai 2 bulan 21 hari daripada tarikh due date sepatutnya anda bayar instalment kereta anda, sudah tiba waktu untuk anda bersiap sedia menerima kunjungan tetamu yang tak disangka-sangka. Mereka itulah yang dikenali sebagai REPOMAN atau penarik kereta yang bersedia untuk menjalankan tugas merampas kereta anda.


Siapakah Penarik Kereta @ Repoman ?


Biasanya pihak bank akan melantik penarik kereta yang berdaftar dengan Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia untuk menarik balik kenderaan bermotor. Sebelum menarik balik kenderaan anda, ‘sepatutnya’ penarik kereta mestilah menunjukkan kad pengenalannya, kad kuasa dan surat arahan penarikan yang dikeluarkan oleh pihak bank yang membenarkan penarik kereta mengambil kenderaan bermotor tersebut. Anda boleh meminta untuk melihat kad pengenalan dan kad kuasanya sebelum menyerahkan kenderaan anda.


Perilaku Penarik Kereta ?

Penarik kereta juga ‘sepatutnya’ haruslah menunjukkan sikap profesional semasa menjalankan tugas menarik kenderaan daripada anda. Persatuan Syarikat-Syarikat Kewangan Malaysia telah mengeluarkan "Garis Panduan Mengenai Perlantikan dan Perilaku Penarik" untuk dipatuhi oleh penarik kereta dan untuk melindungi kepentingan penyewa. Di antara peraturan tersebut adalah:

1. Penarik kereta hendaklah menunjukkan kepada penyewa Perintah Penarikan / Repossession
Order dan kad kuasa yang diberikan oleh pihak bank sebelum menarik kenderaan.

2. Bilangan mereka yang ditugaskan untuk menarik kenderaan hendaklah seminimum mungkin kecuali terdapat keadaan yang memerlukan ahli kumpulan yang lebih ramai.


3.Penarik kereta hanya boleh memasuki premis dengan izin tuan punya premis atau penyewa kenderaan itu sendiri atau dengan perintah bertulis daripada mahkamah.

4.Penarik hendaklah kelihatan profesional dan bertindak secara profesional

5.’Sepatutnya’ bertindak secara kekerasan dan paksaan adalah dilarang sama sekali

6.Penyewa hendaklah diberi masa yang cukup untuk mengeluarkan barang-barang peribadi daripada kenderaan yang akan ditarik.

7.Selepas kenderaan ditarik, penarik kereta mesti membuat laporan polis dengan segera dan membawa kenderaan tersebut ke tempat simpanan kenderaan yang diarahkan oleh bank.


Sekiranya penarik kereta menyalahi peraturan di atas, anda boleh membuat aduan kepada pihak bank atau kepada Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia.


Kalau anda keluar daripada pejabat atau shopping kompleks tiba-tiba anda dapati kereta anda hilang..jangan panik kalau dah memang tunggakan kereta anda tu lebih daripada 3 bulan tak berbayar instalment. Pertama, check dulu dengan pihak bank yang bagi loan kereta anda tu sama ada Surat Tarik telah dikeluarkan dan kereta itu telah ditarik oleh bank. Kalau bukan begitu dah sah mungkin kereta anda di CURI. Kedua, kalau di curi cepat – cepat lah buat polis repot. Ketiga, kalau tak pun mungkin salah parking kot?.

Bila dah SAH kereta anda ditarik, nak ambik balik kereta tu daripada stor bank, pakai duit lagi..kalau nasib baik boleh bayar minimum untuk redeem kalau tak kena le bayar semua tunggakan, dah tu kena tambah caj duit tarik lagi, paling kurang pun RM500.00. Caj kos penarikan ini bergantung kepada Polisi bank, ada yang caj mengikut kategori tunggakan.

Sebagai contoh bagi tunggakan 3 bulan, Bank Islam mengenakan caj kos penarikan RM400.00, AmBank pulak caj RM500.00 dan Bank Muamalat caj RM500.00.

No comments: