Thursday, November 20, 2008

MPV baru proton



Proton akan melancarkan kereta MPV barunya nanti !!




Thursday, November 13, 2008

Kes Kereta Duri

Sebenarnya kesilapan yang berlaku bukan sahaja berpunca daripada sikap duri para peminjam hutang bank yang menyebabkan kereta di tarik oleh bank.

Terdapat beberapa faktor lain juga yang berpunca daripada kesilapan diri kita tanpa kita sedari. Telitikan beberapa kes-kes yang berikut dan anda akan ketahuinya nanti, atau mungkinkah diri anda sebahagian daripada kes-kes tersebut .


Kereta Duri Kes #1.

Rohani telah lama berkawan dengan Roslan sehinggakan perhubungan mereka membawa kepada pertunangan.Ya lah tu..tunang mana yang tak percayakan pasangan kan..Kemudian, pada satu hari yang indah Roslan pun menyuarakan hasratnya kepada Rohani bahawa mereka sepatutnya membuat persediaan awal sebelum berkahwin.

Roslan berhasrat mahu membeli sebuah kereta untuk memudahkan mereka pergi bersiar-siar bersama, taklah kena siram hujan selalu naik motor EX5..lagipun waktu malam boleh ‘ parking ‘ jer kat dalam kereta tu, tak lah kena gigit dek nyamuk. Kat dalam hotel nanti kang kena cekup pulak dengan geng pejabat agama. Banyak Ooo..faedah kereta nie.

Dipendekkan story, Rohani pun bersetujulah untuk membeli kereta. Roslan kata lebih baik gunakan nama Rohani sebagai peminjam sebab Rohani kan kakitangan kerajaan, nanti senang la bank nak luluskan pinjaman. Pasal instalment bulanan pulak Roslan sanggup menanggungnya, kerja kilangkan banyak OT. Maka tertunailah impian mereka untuk memiliki kereta setelah bank meluluskan pinjaman.

Selang beberapa bulan, Rohani dah mula jadi panik sebab Roslan dah pandai ‘skip’ bayar ansuran kereta dekat bank, sedangkan kereta tu Roslan yang guna. Satu demi satu notis peringatan diterimanya, disusuli dengan panggilan telefon. Dimarahi oleh mak bapak pulak sebab staff bank selalu call rumah untuk tinggalkan pesan.

Satu hari Rohani bertemu dengan Roslan untuk membincangkan hal tersebut dengan membawa surat saman ditangan. Biasalah..lelaki harapan setiap perempuan, ingatkan Roslan nak settlekan masalah tungggakan duit ansuran tu, rupanya Roslan dah settlekan sekali perhubungan mereka. At last, Roslan pun hilang entah kemana membawa bersama kereta impian mereka.

Sekarang apa nak dibuat, nasi dah jadi nasi goreng pun. Rohani terpaksa settlekan problem yang dicari sendiri. Kalau tak bayar nama Rohani kena blacklist oleh bank, lagi pun dia seorang kakitangan kerajaan. Nak kena jaga rekod prestasi. Walau diselesaikan pun kereta tersebut tetap menjadi kereta duri kerana telah dilarikan oleh kekasih duri.

Tuesday, November 11, 2008

Selepas Kereta Anda Ditarik.


Sayang..sayang ribu-ribu sayang, nak biarkan saja kereta tu kat dalam stor bank ibarat mati emak..nak ambik balik pulak ibarat mati bapak.

Bagi yang dah pokai kat sapa lagi nak mintak tolong,..mak bapak la jugak. Habis lembu dan kambing kena jual, tak pun barang kemas bini yang kena gadai. Tak boleh biarkan ooi..sayang kereta tu macam sayang bini, tak pun bini sendiri dah jadi nombor dua, apa-apa pun kereta dapat dulu. Belanja mekap kereta lebih mahal daripada alat mekap bini. Takkan nak biar kereta tu kena lelong kot. Jadi..mau tak mau kena lah ambik balik kereta pengarang jantung tu.

Apa nak kena bayar lagi ? Sebaik sahaja kereta anda di tarik, pihak bank akan menghantarkan satu notis yang disebut 5th schedule / jadual kelima untuk memaklumkan kepada anda bahawa kereta anda dah kena kena tarik. Anda diberikan masa selama 21 hari untuk membuat tuntutan ke atas kederaan anda sebelum kena lelong. Di dalam kandungan Jadual Kelima tersebut pihak bank akan menyenaraikan kos-kos yang perlu anda bayar termasuklah 'storage fee'.

Berikut ini contoh breakdown kos yang anda perlu tanggung bila kereta kena tarik (dalam versi bahasa inggeris seperti yang termaktub di dalam Hire Purchase Act 1967).

FIFTH SCHEDULE
NOTICE TO HIRERS UNDER SECTION 16
Now that the goods you hired have been re-possessed you will be entitled to get them back-
(a) if, within fourteen days you require the owner, by notice in writing signed by you or your agent, to redeliver
the goods to you and if, within fourteen days after giving the notice, you reinstate the agreement by
paying the arrears and remedy the following breaches of the agreement (or pay the owner's expenses in
remedying them):
The owner's estimate of the amount you must pay to reinstate the agreement is-
Arrears of instalments RM..............
Arrears of interest due on overdue instalments RM..............
Cost of storage, repair or maintenance RM..............
Cost of re-possession RM..............
Cost of re-delivery RM..............

Total RM_______


or
(b) if within fourteen days, you give notice of intention to finalise the agreement and pay the balance due
under the agreement and pay the balance due under the agreement and costs of the re-possession:
The owner's estimate of the amount required to finalize the agreement is-
Total amount payable under the agreement RM..............
Less deposit and instalments paid RM..............
Balance due under agreement RM..............
Less statutory rebates RM..............
Add arrears of interest due on overdue instalments RM..............
[Ins. Act A813:s.36]
Add costs of re-possession RM..............
Storage, repair or maintenance RM..............

Total RM_________


If you do not reinstate or finalize the agreement you will be liable for the owner's loss unless the value of the
goods re-possessed is sufficient to cover your liability. If the value of the goods is more than sufficient to cover
your ability you will be entitled to a refund.
The owner's estimate of the value of the goods re-possessed is RM..................
* On the basis of that estimates you are entitled to a refund of RM…………..
you are liable to pay the owner RM..................
NOTE- You may give a written notice to the owner requiring the owner to sell the goods to any cash buyer you
can introduce who is willing to pay the owner's estimate of the value, i.e.,+


Apamacam ??..okey ka..cepat la cari duit tu. Untuk duit setor tu selalunya caj yang dikenakan sekitar RM10.00 sehari x 21 hari = RM210.00.



Monday, November 10, 2008

Kereta Duri


Tanda-tanda kereta anda nak kena tarik.

Bersiap sedialah untuk menerima panggilan telefon sekerap mungkin daripada kakitangan bank, kalau anda tak angkat handphone, SMS pulak yang sampai. Lepas tu terimalah Notis Jadual Ke Empat(4) yang meminta anda membayar segera semua tunggakan bayaran atau jika sebaliknya, anda diminta untuk menyerahkan kembali kereta anda kepada pihak bank dalam masa 21 hari kalau anda tak mahu menanggung kos tarik kereta.

Bila tunggakan ansuran telah mencapai 2 bulan 21 hari daripada tarikh due date sepatutnya anda bayar instalment kereta anda, sudah tiba waktu untuk anda bersiap sedia menerima kunjungan tetamu yang tak disangka-sangka. Mereka itulah yang dikenali sebagai REPOMAN atau penarik kereta yang bersedia untuk menjalankan tugas merampas kereta anda.


Siapakah Penarik Kereta @ Repoman ?


Biasanya pihak bank akan melantik penarik kereta yang berdaftar dengan Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia untuk menarik balik kenderaan bermotor. Sebelum menarik balik kenderaan anda, ‘sepatutnya’ penarik kereta mestilah menunjukkan kad pengenalannya, kad kuasa dan surat arahan penarikan yang dikeluarkan oleh pihak bank yang membenarkan penarik kereta mengambil kenderaan bermotor tersebut. Anda boleh meminta untuk melihat kad pengenalan dan kad kuasanya sebelum menyerahkan kenderaan anda.


Perilaku Penarik Kereta ?

Penarik kereta juga ‘sepatutnya’ haruslah menunjukkan sikap profesional semasa menjalankan tugas menarik kenderaan daripada anda. Persatuan Syarikat-Syarikat Kewangan Malaysia telah mengeluarkan "Garis Panduan Mengenai Perlantikan dan Perilaku Penarik" untuk dipatuhi oleh penarik kereta dan untuk melindungi kepentingan penyewa. Di antara peraturan tersebut adalah:

1. Penarik kereta hendaklah menunjukkan kepada penyewa Perintah Penarikan / Repossession
Order dan kad kuasa yang diberikan oleh pihak bank sebelum menarik kenderaan.

2. Bilangan mereka yang ditugaskan untuk menarik kenderaan hendaklah seminimum mungkin kecuali terdapat keadaan yang memerlukan ahli kumpulan yang lebih ramai.


3.Penarik kereta hanya boleh memasuki premis dengan izin tuan punya premis atau penyewa kenderaan itu sendiri atau dengan perintah bertulis daripada mahkamah.

4.Penarik hendaklah kelihatan profesional dan bertindak secara profesional

5.’Sepatutnya’ bertindak secara kekerasan dan paksaan adalah dilarang sama sekali

6.Penyewa hendaklah diberi masa yang cukup untuk mengeluarkan barang-barang peribadi daripada kenderaan yang akan ditarik.

7.Selepas kenderaan ditarik, penarik kereta mesti membuat laporan polis dengan segera dan membawa kenderaan tersebut ke tempat simpanan kenderaan yang diarahkan oleh bank.


Sekiranya penarik kereta menyalahi peraturan di atas, anda boleh membuat aduan kepada pihak bank atau kepada Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia.


Kalau anda keluar daripada pejabat atau shopping kompleks tiba-tiba anda dapati kereta anda hilang..jangan panik kalau dah memang tunggakan kereta anda tu lebih daripada 3 bulan tak berbayar instalment. Pertama, check dulu dengan pihak bank yang bagi loan kereta anda tu sama ada Surat Tarik telah dikeluarkan dan kereta itu telah ditarik oleh bank. Kalau bukan begitu dah sah mungkin kereta anda di CURI. Kedua, kalau di curi cepat – cepat lah buat polis repot. Ketiga, kalau tak pun mungkin salah parking kot?.

Bila dah SAH kereta anda ditarik, nak ambik balik kereta tu daripada stor bank, pakai duit lagi..kalau nasib baik boleh bayar minimum untuk redeem kalau tak kena le bayar semua tunggakan, dah tu kena tambah caj duit tarik lagi, paling kurang pun RM500.00. Caj kos penarikan ini bergantung kepada Polisi bank, ada yang caj mengikut kategori tunggakan.

Sebagai contoh bagi tunggakan 3 bulan, Bank Islam mengenakan caj kos penarikan RM400.00, AmBank pulak caj RM500.00 dan Bank Muamalat caj RM500.00.

Kereta Oh Kereta




Masuk angin keluar asap…


Kereta..oh..kereta, kalau tak pakai kereta pun susah jugak nak bergerak sana-sini. Tambah lagi kalau family ramai, takkan nak naik motor dengan ramai anak pinak macam kat dalam iklan kereta Grand Livina tu..
Pakai kereta nak kena bayar instalment tiap bulan, kalau tak bayar kereta ditarik pulak oleh bank. Ada yang pendapatan cukup makan tu..cukup-cukup saja budget nak bayar instalment, tapi bila tiba musim raya, sekolah nak buka balik, kereta rosak atau bila time nak renew insuran dan roadtax mula la nak elak bayar instalment kereta. Dari sebulan tertunggak jadi dua bulan, lepas tu tiga bulan dan tup..tup.. kereta kena tarik. Adoi kantoi aktiviti seharian..