Monday, November 10, 2008

Kereta Oh Kereta




Masuk angin keluar asap…


Kereta..oh..kereta, kalau tak pakai kereta pun susah jugak nak bergerak sana-sini. Tambah lagi kalau family ramai, takkan nak naik motor dengan ramai anak pinak macam kat dalam iklan kereta Grand Livina tu..
Pakai kereta nak kena bayar instalment tiap bulan, kalau tak bayar kereta ditarik pulak oleh bank. Ada yang pendapatan cukup makan tu..cukup-cukup saja budget nak bayar instalment, tapi bila tiba musim raya, sekolah nak buka balik, kereta rosak atau bila time nak renew insuran dan roadtax mula la nak elak bayar instalment kereta. Dari sebulan tertunggak jadi dua bulan, lepas tu tiga bulan dan tup..tup.. kereta kena tarik. Adoi kantoi aktiviti seharian..

No comments: