Thursday, November 13, 2008

Kes Kereta Duri

Sebenarnya kesilapan yang berlaku bukan sahaja berpunca daripada sikap duri para peminjam hutang bank yang menyebabkan kereta di tarik oleh bank.

Terdapat beberapa faktor lain juga yang berpunca daripada kesilapan diri kita tanpa kita sedari. Telitikan beberapa kes-kes yang berikut dan anda akan ketahuinya nanti, atau mungkinkah diri anda sebahagian daripada kes-kes tersebut .


Kereta Duri Kes #1.

Rohani telah lama berkawan dengan Roslan sehinggakan perhubungan mereka membawa kepada pertunangan.Ya lah tu..tunang mana yang tak percayakan pasangan kan..Kemudian, pada satu hari yang indah Roslan pun menyuarakan hasratnya kepada Rohani bahawa mereka sepatutnya membuat persediaan awal sebelum berkahwin.

Roslan berhasrat mahu membeli sebuah kereta untuk memudahkan mereka pergi bersiar-siar bersama, taklah kena siram hujan selalu naik motor EX5..lagipun waktu malam boleh ‘ parking ‘ jer kat dalam kereta tu, tak lah kena gigit dek nyamuk. Kat dalam hotel nanti kang kena cekup pulak dengan geng pejabat agama. Banyak Ooo..faedah kereta nie.

Dipendekkan story, Rohani pun bersetujulah untuk membeli kereta. Roslan kata lebih baik gunakan nama Rohani sebagai peminjam sebab Rohani kan kakitangan kerajaan, nanti senang la bank nak luluskan pinjaman. Pasal instalment bulanan pulak Roslan sanggup menanggungnya, kerja kilangkan banyak OT. Maka tertunailah impian mereka untuk memiliki kereta setelah bank meluluskan pinjaman.

Selang beberapa bulan, Rohani dah mula jadi panik sebab Roslan dah pandai ‘skip’ bayar ansuran kereta dekat bank, sedangkan kereta tu Roslan yang guna. Satu demi satu notis peringatan diterimanya, disusuli dengan panggilan telefon. Dimarahi oleh mak bapak pulak sebab staff bank selalu call rumah untuk tinggalkan pesan.

Satu hari Rohani bertemu dengan Roslan untuk membincangkan hal tersebut dengan membawa surat saman ditangan. Biasalah..lelaki harapan setiap perempuan, ingatkan Roslan nak settlekan masalah tungggakan duit ansuran tu, rupanya Roslan dah settlekan sekali perhubungan mereka. At last, Roslan pun hilang entah kemana membawa bersama kereta impian mereka.

Sekarang apa nak dibuat, nasi dah jadi nasi goreng pun. Rohani terpaksa settlekan problem yang dicari sendiri. Kalau tak bayar nama Rohani kena blacklist oleh bank, lagi pun dia seorang kakitangan kerajaan. Nak kena jaga rekod prestasi. Walau diselesaikan pun kereta tersebut tetap menjadi kereta duri kerana telah dilarikan oleh kekasih duri.

No comments: